Trend Job-Hopping Di Kalangan Pekerja Muda Malaysia
# Trending Semasa

Trend Job-Hopping Di Kalangan Pekerja Muda Malaysia

post by MJ

by MJ

May 1, 2024
at 5:21 PM

Trend Job-Hopping Di Kalangan Pekerja Muda Malaysia

Kalau dibandingkan dengan zaman dulu, sekarang ni pekerja makin kerap tukar tempat kerja. Ada yang cuma berkhidmat dalam satu syarikat kurang dari 2 tahun, malah ada yang cuma 6 bulan je!

Fenomena ni orang panggil job-hopping. Dah jadi norma sekarang, terutamanya kalangan pekerja Gen Z yang nak gaji lebih competitive.

Kenal Pasti Trend Job-Hopping

Job-hopping ni bila pekerja suka tukar-tukar kerja dari satu syarikat ke lain dalam masa singkat. Biasanya, diorang tukar kerja lepas setahun bekerja atau bila rasa tak ada progress dalam kerjaya.

Trend job-hopping ni memang popular, terutamanya di kalangan pekerja baru yang rasa syarikat tak cukup bagi dorang atau gaji tak setimpal dengan usaha yang diorang buat.

Walaupun job-hopping ada risiko macam jaminan kerja tak stabil atau bos tak percaya, tapi tak halang pekerja dari terus buat. Antara risiko yang boleh dihadapi:

  • Susah dapat kepercayaan majikan
  • Pengalaman kerja tak konsisten
  • Tak puas hati dengan kerja
  • Rugi faedah dari syarikat
  • Tekanan nak jaga kerja

job hopping

Walaupun ada risiko, ramai pekerja masih job-hopping. Sebabnya, kebanyakannya pekerja muda yang takde tanggungjawab besar. Jadi, diorang tengok job-hopping ni lebih sebagai peluang daripada halangan.

Sebab utama pekerja job-hopping

  • Gaji Lebih Tinggi: Pekerja suka gaji besar. Dorang akan masuk syarikat yang tawar gaji tinggi. Selain gaji, dorang tengok juga insentif kewangan lain sebelum pilih syarikat.
  • Naik Pangkat: Gaji naik, pangkat pun nak naik. Biasanya, syarikat cuma bagi naik pangkat kat pekerja lama, so jalan cepat lain nak naik pangkat ialah masuk syarikat baru yang bagi pangkat lebih tinggi.
  • Perkembangan Kerjaya: Tak kisah bidang kerja apa, selalu ada peluang untuk maju. Tapi kalau buat kerja sama je lama-lama, boleh limit perkembangan kerjaya.
  • Cabaran Baru: Kadang-kadang minat berubah, nak cari cabaran baru. Jadi tak hairan la pekerja tukar kerja nak sharpen skills atau belajar skill baru.
  • Lokasi Strategik: Kadang-kadang lokasi pun jadi faktor. Ada yang nak fleksibiliti kerja, ada yang nak lokasi syarikat dekat dengan public transport.

Jadi, walaupun job-hopping ada risikonya, tapi ada juga kelebihannya. Mungkin tak sesuai untuk semua orang, tapi memang pekerja kena ambil risiko kalau nak maju dalam kerjaya.

Nak tau lebih tentang trend job-hopping dan strategi perkembangan kerjaya? Baca artikel-artikel menarik kami di Maukerja!


Drop Resume Maukerja

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: