Kembali
Britcars Automobile Sdn Bhd banner company

Britcars Automobile Sdn Bhd

Company SSM No 1157821-H · <50 Employees · IT / Software

Tentang Britcars Automobile Sdn Bhd

Britscar Automobile Sdn Bhd (BCA) merupakan sebuah bengkel bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Puan Mazliza Madzhar sebagai Pengarah Urusan dan En. Mohd Hairon Nizam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beroperasi di Bandar Sunway di mana kepakaran BCA adalah kenderaan-kenderaan daripada negara United Kingdom seperti Range Rover, Mini Cooper dan Jaguar, Britcars Automobile juga menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pemandu kereta antaranya penjualan kereta import, perkhidmatan menunda, pusat, servis dan baik pulih otomotif. Dengan pengalaman yang mendalam dalam bidang otomotif, BCA telah meraih kepercayaan dan sokongan dari semua lapisan masyarakat dalam industri otomotif.

Britscar Automobile Sdn Bhd muncul dengan produk terbaru iaitu Customer Profit Sharing (CPS Link), yang merupakan satu program keahlian pelanggan di mana matlamat utamanya untuk menghubungkan pemilik kereta dengan bengkel-bengkel bumiputera melalui aplikasi telefon, portal dan pusat khidmat pelanggan 24 jam. Dengan penglibatan panel bengkel bumiputera sebanyak 150 di sekitar Lembah Klang, program kad dengan yuran keahlian minima sebanyak RM15.90/setahun menawarkan pelbagai manfaat ahli antaranya seperti Sistem Mata Ganjaran, Bantuan Kecemasan 24 jam, Bantuan Kemalangan, Perkhidmatan Menunda (percuma 20KM) dan Pembaharuan Cukai Jalan dan Insurans.

Kini Britscar Automobile Sdn Bhd telah berjaya menyediakan satu platform bagi bengkel-bengkel usahawan bumiputra bukan saja dapat menambah pelanggan baru, tetapi juga secara tak langsung dapat memperbaiki kedudukan sosio ekonomi mereka, selain memberi peluang kepada ahli untuk menjana pendapatan melalui program kad keahlian CPS. Bukan itu sahaja, malah Britcars Automobile Sdn Bhd juga mempunyai beberapa anak syarikat yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti perkhidmatan servis bergerak, sukan permotoran, dan lain-lain lagi.

Maklumat Britcars Automobile Sdn Bhd

Nama Syarikat

Britcars Automobile Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

IT / Software

No. SSM Syarikat

1157821-H

Peluang Pekerjaan

0

Laman Web Syarikat

Media Sosial Syarikat

social media

Alamat Britcars Automobile Sdn Bhd

Unit A-11-5 & A-11-6, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia