Back
1413209-T banner company

1413209-T

Company SSM No 1413209-T · 1-50 Employees · IT / Software

About 1413209-T

Moomol dibangunkan oleh dua orang insan yang berkongsi matlamat yang utama iaitu untuk memberi manfaat dan menambah nilai kepada para usahawan di Malaysia yang ingin mendapatkan sumber produk tanpa perlu risau ditipu oleh orang tengah. 


Pengalaman pahit sebelum ini yang kerap kerugian dipermainkan oleh orang tengah menjadi titik tolak kepada idea pembangunan platform Moomol yang berupaya bukan sahaja menyelamatkan para usahawan tetapi memudahkan mereka mendapatkan produk daripada pengilang pengeluar dunia dengan mudah, jimat dan selamat.


Kini Moomol telah membantu lebih daripada 1000 usahawan di Malaysia untuk mendapatkan produk dari sekecil anting-anting sehinggalah ke sebesar rumah hanya dengan hujung jari sahaja. Mereka ini terdiri daripada nama-nama besar dari pelbagai industri di Malaysia.


Melalui platform Moomol, para usahawan berupaya menjana jualan dari ribuan hingga jutaan ringgit dengan margin keuntungan yang mampu mencapai lebih daripada 300% tanpa perlu mengeluarkan kos dan modal operasi yang besar.


Moomol dibangunkan pada awal tahun 2012 dan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun 2013 selepas melalui fasa R&D lebih dari setahun.


Moomol merupakan platform yang dibangunkan di bawah syarikat Millionsmakers Network Sdn Bhd dan digunakan secara meluas oleh para usahawan di Malaysia. 


Selepas 8 tahun, kini platform ini diuruskan sepenuhnya dibawah syarikat Moomol Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 7hb April 2021 bertujuan untuk memudahkan pengenalan jenama dan promosi.


MISI

Memberikan kemudahan kepada para usahawan yang ingin mendapatkan sumber produk dari dalam atau luar negara dengan mudah, jimat dan selamat melalui platform Moomol.


VISI

Menjadi penyedia platform sumber produk pilihan utama usahawan di seluruh Asia Tenggara yang berupaya untuk berhubung dengan pengilang dari seluruh dunia bersesuaian dengan motto Connecting One World.



1413209-T Business Information

Company Name

1413209-T

Company Type

-

Company Size

1-50

Industry

IT / Software

Company SSM No

1413209-T

Job Vacancies

0

Company Website

1413209-T Company Address

PRESINT ALAMI, WORLWIDE BUSINESS CENTRE 2, SECTION 13, SHAH ALAM, SELANGOR., Malaysia