Back
BAHRUL ULUM banner company

BAHRUL ULUM

51-200 Employees · Education / Training

About BAHRUL ULUM

PENGENALAN

SRIBU menjalankan kurikulum akademik yang berteraskan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), iaitu kurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM). Manakala kurikulum dinni (agama) adalah digubal sendiri oleh Jawatankuasa Khas Semakan Kurikulum SRIBU. Kedua-dua kurikulum ini dijalankan secara serentak mengikut jadual masing-masing sepanjang waktu persekolahan setiap hari.

Waktu persekolahan adalah dari jam 7.40 pagi hingga 4.00 petang setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala hari Jumaat adalah dari jam 7.40 pagi hingga 12.00 tengahari. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu persekolahan dipendekkan kepada 3.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis.


KURIKULUM AKADEMIK (KSSR)

SRIBU menjalankan kurikulum kebangsaan ini sebagai kurikulum akademik di mana subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dijalankan sepenuhnya mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh KPM. Ini bermaksud SRIBU melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran subjek-subjek ini mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan oleh KPM sama seperti di sekolah-sekolah kementerian.

Melalui kurikulum ini, murid-murid SRIBU akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikelola oleh Lembaga Peperiksaan KPM ketika mereka berada pada Darjah 6 (sebelum dimansuhkan bermula 2021) dan juga Pentaksiran Berasaskan Sekolah termasuk Pentaksiran Bilik Darjah. Subjek-subjek akademik yang lain termasuklah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Kesenian.


KURIKULUM DINNI (AGAMA)

Kurikulum agama peringkat awal SRIBU dahulu adalah menggunakan kurikulum dari SRIDU, Kedah. Kurikulum agama SRIBU ditambahbaik dari masa ke semasa bersesuaian dengan perubahan semasa. Terkini, kurikulum agama ini digubal oleh Jawatankasa Khas bagi memastikan kemenjadian murid dari sudut agama itu tercapai dengan mengambil subjek Pendidikan Islam (KSSR) dan subjek-subjek Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) sebagai asas dalam pengggubal tersebut.

Pencapaian murid dari sudut agama ini juga dinilai memelalui peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang merupakan peperiksaan awam bagi murid tahun 5 seluruh negara.


BAHRUL ULUM Business Information

Company Name

BAHRUL ULUM

Company Type

-

Company Size

51-200

Industry

Education / Training

Company SSM No

-

Job Vacancies

0

Company Website

BAHRUL ULUM Company Address

Lot 128, Mukim 19, Kg. Mengkuang Titi, Kubang Semang, 14400, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia