Company SSM No 424904-V · 51-200 Employees · Healthcare / Medical
Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) ialah sebuah syarikat bumiputera yang telah ditubuhkan pada Oktober 1997 di bawah Medi-Circle Sdn Bhd dengan nama Pusat Rawatan Islam Az Zahrah (AZIM). Pada dasarnya penubuhan hospital ini adalah untuk menerokai peluang-peluang dalam bidang perkhidmatan perubatan dan kesihatan untuk semua golongan masyarakat khususnya bagi mereka yang inginkan perkhidmatan berkonsepkan Islam.
Hospital Islam Az-Zahrah pada mulanya adalah sebuah klinik pesakit luar yang kemudiannya berkembang sebagai pusat rawatan bersalin dan seterusnya sebagai pusat rawatan yang mengendalikan kes-kes Pakar Kanak-Kanak, Perbidanan dan Sakit Puan, Perubatan Dalaman, Ortopedik, Pembedahan Am, Bius, Mata serta Telinga, Hidung & Tekak (ENT).
Pada Mac 2013, Hospital Islam Az-Zahrah telah dinaiktaraf kepada sebuah hospital yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan berkualiti yang terbaik kepada setiap pesakitnya.
Dengan semangat kerja berpasukan yang kuat dan komited untuk memberi perkhidmatan terbaik, kami amat berkeyakinan Hospital Islam Az-Zahrah mampu untuk berdaya saing dan menjadi pilihan pesakit untuk mendapatkan rundingcara dan rawatan.
MOTTO HIAZ IAITU “DENGAN KEPRIHATINAN KAMI MERAWAT PESAKIT KAMI – WITH CARE WE TREAT OUR PATIENTS ”
HOSPITAL ISLAM AZ-ZAHRAH
-
51-200
Healthcare / Medical
424904-V
0