Back
JUEMELL COLLECTION BOUTIQUE banner company

JUEMELL COLLECTION BOUTIQUE

1-50 Employees · Retail / Merchandise

About JUEMELL COLLECTION BOUTIQUE

Kami di JUEMELL Bizz & Services (JUEMELL COLLECTIONS BOUTIQUE) menyediakan perkhidmatan tempahan sulaman manik dan labuci, tempahan baju kurung, jualan tudung LYCRA, pakaian muslimah, jualan kain cotton dan lain-lain. Kami juga menyediakan kelas sulaman manik & labuci secara individu @ berkumpulan dengan kadar yuran yang amat berpatutan. Kelas sulaman manik & labuci atas usaha sama dengan MIRAMANIK.


Perkhidmatan serta jualan yang ditawarkan adalah dengan harga yang amat berpatutan seiring dengan kemampuan dan kehendak pasaran semasa...kami tidak terlalu mementingkan keuntungan tetapi sebaliknya lebih menganggap perniagaan serta perkhidmatan yang disediakan sebagai satu ibadah.


Layari laman blog kami iaitu http://juemellbizz.blogspot.com/ @ http://juemellmanik.blogspot.com/. Anda juga boleh kunjungi BUTIK JUEMELL COLLECTION di Seri Kembangan, Selangor untuk melihat sendiri koleksi-koleksi produk kami. Waktu operasi butik adalah seperti berikut:

->Hari ISNIN - TUTUP

-> Hari Bekerja (SELASA - JUMAAT)  -> 10.00 pagi - 8.30 malam

-> Hari hujung Minggu (SABTU & AHAD)  -> 10.30 pagi - 9.00 malam

 
History

JUEMELL BIZZ & SERVICES (*****7556-D) telah ditubuhkan sejak 1 Januari 2010 dan mula beroperasi dan di daftarkan pada 19 Julai 2010.  Syarikat ini menyediakan perniagaan berasaskan perusahaan/perkhidmatan jahitan sulaman manik labuci, tempahan jahitan pakaian, pakaian siap dan tekstil serta menyediakan perkhidmatan kelas/bengkel sulaman manik labuci serta andaman pengantin dan tempahan hantaran perkhahwinan. Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan melalui online blog dan menjadikan rumah sebagai tempat operasi.

 

Perkhidmatan kelas/bengkel sulaman manik dan labuci ini lebih tertumpu kepada golongan ibu tunggal, suri rumah, pelajar serta orang perseorangan yang berminat untuk menambah pendapatan secara separuh masa.

 

Matlamat utama penubuhan syarikat JUEMELL BIZZ & SERVICES (*****7556-D) adalah bertujuan bagi mewujudkan peluang kepada Bumiputra memiliki perniagaan seperti ini yang biasanya dijalankan oleh bukan bumiputra dan selari dengan dasar kerajaan yang menggalakan pertumbuhan pesat di dalam sektor perkhidmatan am. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai menambah pendapatan harian dengan bekerja separuh masa terus dari rumah.

 
Product & Services

menyediakan perkhidmatan tempahan sulaman manik dan labuci, tempahan baju kurung, jualan tudung LYCRA, pakaian muslimah, jualan kain cotton dan lain-lain. Kami juga menyediakan kelas sulaman manik & labuci secara individu @ berkumpulan dengan kadar yuran yang amat berpatutan. Kelas sulaman manik & labuci atas usaha sama dengan MIRAMANIK.

 

JUEMELL COLLECTION BOUTIQUE Business Information

Company Name

JUEMELL COLLECTION BOUTIQUE

Company Type

-

Company Size

1-50

Industry

Retail / Merchandise

Company SSM No

-

Job Vacancies

0