Back
Kijang Rangers FC banner company

Kijang Rangers FC

Employees · Sports

About Kijang Rangers FC

KIJANG RANGERS FC AKAN BERENTAP DI LIGA M3 MUSIM 2022


Kijang Rangers FC akan kembali berentap di Liga M3 musim 2022 selepas Liga M3 musim 2021 dibatalkan oleh pihak Amateur Football League (AFL). Pihak AFL terpaksa membatalkan Liga M3 2021 akibat pandemik Covid-19.


Pihak AFL telah menjemput semua pasukan yang telah terpilih untuk bertanding dalam Liga M3 2021 untuk menyertai Liga M3 2022. Dari 20 pasukan musim 2021, hanya 15 pasukan sahaja yang bersetuju untuk menyertai Liga M3 musim 2022. Dan sekarang, pihak AFL sedang menapis permohonan baru untuk melengkapkan 20 pasukan untuk Musim 2022.


20 pasukan yang akan bertanding nanti akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, dan hanya 4 pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak bertanding di peringkat kalah mati. 2 pasukan yang layak ke perlawanan akhir nanti akan ditawarkan slot bertanding di Liga Perdana pada musim 2023.


Kijang Rangers FC amat berbesar hati dengan keputusan AFL untuk menjemput kami bertanding di Liga M3 untuk musim 2022. Ini adalah satu penghormatan yang besar bagi sebuah kelab kecil seperti kami. 


Kijang Rangers FC ditubuhkan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada pemain-pemain muda di Kelantan untuk mengembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Ramai pemain-pemain muda Kelantan terpaksa berhijrah ke luar Kelantan untuk bermain bolasepak pada peringkat yang lebih tinggi. Untuk musim 2022, Kijang Rangers mensasarkan 75% pemain skuad Kijang Rangers FC untuk musim 2022 terdiri darpada pemain tempatan yang berusia 25 tahun ke bawah. Kini, pasukan Kijang Rangers sedang giat memilih pemain-pemain muda yang baru untuk digabungkan dengan pemain-pemain yang sedia ada.


Pihak pengurusan Kijang Rangers juga hanya meletakkan sasaran layak ke pusingan kalah mati sebagai KPI pertama. Apabila layak ke pusingan kalah mati kelak, barulah kami menetapkan KPI kedua kelab.

Kijang Rangers FC Business Information

Company Name

Kijang Rangers FC

Company Type

-

Company Size

Industry

Sports

Company SSM No

-

Job Vacancies

0