Back
koperasi hartanah anggun berhad banner company

koperasi hartanah anggun berhad

Employees · Property / Real Estate

About koperasi hartanah anggun berhad

KOPERASI HARTANAH ANGGUN BERHAD (W-5-1201) telah didaftarkan pada 18 Januari 2018 dibawah subsekyen 7(1) Akta Koperasi 1993.

Koperasi Hartanah Anggun Berhad bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan jualan dan sebagai konsultan jualan hartanah bagi unit-unit perumahan pihak pemaju dengan menggunakan konsep agensi.

Setiap agensi yang dilantik merupakan ahli koperasi berdaftar yang tertakluk kepada Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi Hartanah Anggun Berhad.

Disamping itu Koperasi Hartanah Anggun Berhad juga membangunkan sektor hartanah melalui kerjasama dengan entiti luar sama ada melalui kerjasama Join Venture (JV) atau sebagai pemaju perumahan.

 

Tertubuhnya Koperasi Hartanah Anggun Berhad pada tahun 2017 telah berjaya melengkapkan kitaran perancangan awal penubuhan syarikat untuk menjadi pemaju hartanah yang berkaliber di Malaysia di dalam memperjuangkan perumahan mampu milik dengan mendirikan kawasan bandar-bandar baru terancang dan maju.

Dengan kewujudan Koperasi Hartanah Anggun Berhad ini membolehkan keseluruhan warga Akademi Anggun disatukan di bawah satu bumbung secara ekslusif di mana satu kumpulan sasaran besar yang terbentuk akan menjadi satu entiti kerjasama usahawan dan pemaju.

Seiring dengan itu, mereka juga akan menikmati kelebihan-kelebihan yang sewajarnya diterima disamping menjaga kebajikan mereka secara berterusan di masa hadapan.

koperasi hartanah anggun berhad Business Information

Company Name

koperasi hartanah anggun berhad

Company Type

-

Company Size

Industry

Property / Real Estate

Company SSM No

-

Job Vacancies

0