Back
Koperasi Muslim Sinergi Perak Berhad banner company

Koperasi Muslim Sinergi Perak Berhad

1-50 Employees · General / Wholesale Trading

About Koperasi Muslim Sinergi Perak Berhad

PENGENALAN KOPERASI

 

Koperasi Muslim Sinergi Perak Berhad adalah adalah satu badan koperasi yang beralamat di No. 244, Tingkat 1, Persiaran Sibc 8, *2610 Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.ditubuhkan pada 11 Mei 2011.

Matlamat koperasi ini secara amnya terlibat secara terus dalam memberi perkhidmatan dalam membangunkan modal insan, membantu dan memantapkan perniagaan khas untuk bumiputera terutamanya di kawasan seluruh Negeri Perak kecuali daerah Hulu Perak dan mengikut garisan prinsip koperasi.

Keanggotaan ahli terbuka kepada orang awam beragama Islam, warganegara Malaysia, telah mencapai umur lapan belas tahun, dan mengikut segala syarat dalam undang undang kecil koperasi.

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

 

SERVIS DAN SKOP

 

Perkhidmatan yang disediakan

· Perkhidmatan seperti motivasi;

· Perladangan seperti perniagan ladang kelapa sawit;

· Pelancongan dalam dan luar negara;

· Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;

· Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa,  mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;

· Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 akta;

· Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 akta dengan kelulusan suruhanjaya;

· Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain;

· Percetakan, penerbitan dan pengedaran buku dan majalah;

· Membantu ahli menyediakan perkhidmatan fasiliti, penyewaan dewan dan pejabat kepada ahli, pinjaman aset kepada koperasi mengikut keperluan perniagaan;

· Memberi modal perniagaan disamping membuka peluang kepada ahli untuk menyertai kursus MKM dan ANGKASA.

 

Koperasi Muslim Sinergi Perak Berhad Business Information

Company Name

Koperasi Muslim Sinergi Perak Berhad

Company Type

-

Company Size

1-50

Industry

General / Wholesale Trading

Company SSM No

-

Job Vacancies

0

Company Social Media

social media

Koperasi Muslim Sinergi Perak Berhad Company Address

Seri Iskandar Perak Malaysia, Malaysia