Back
N Alumake Sdn Bhd banner company

N Alumake Sdn Bhd

Company SSM No 1186102-M · 50-200 Employees · Manufacturing / Production

About N Alumake Sdn Bhd

Kami di N Alumake Sdn Bhd menjalankan perniagaan secara meluas di Kelantan sebagai perunding, pembuat perabut, dapur, wardrobe, perabot pejabat dan lain - lain. Kini, N Alumake Sdn Bhd mempunyai kilang pembuatan perabot sendiri dengan peralatan pertukangan yang terkini dan moden...

PENGENALAN...

N Alumake Sdn Bhd diasaskan oleh Encik Mohd Naqib bin Md Hassan yang berasal dari Kampung Atas Paloh, Kota Bharu, Kelantan. Perniagaan ini dijalankan secara kecil - kecilan pada mulanya, dengan dikenali sebagai KITS KITCHEN ENTERPRISE yang bertempat di Pantai Cahaya Bulan (PCB) selama 8 tahun. Pada 4 Mei 2016, KITS KITCHEN ENTERPRISE telah ditukar namanya kepada N ALUMAKE SDN BHD dan telah berpindah ke Kampung Dusun Raja di atas faktor permintaan yang sangat tinggi, kami terpaksa berpindah ke tempat yang lebih besar. Pengalaman N ALUMAKE SDN BHD pada masa lalu mencatatkan sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini.

MISI...

- Meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat.

- Meningkatkan taraf sistem pengurusan dan perkhidmatan pelanggan.

- Lebih inovatif, mesra pelanggan dan lebih berkualiti.

VISI...

- Menjalankan perniagaan secara professional dalam perkhidmatan pelanggan, peruncitan, pengurusan dan mencapai taraf Malaysia Standart(MS) dan International Standard Organization (ISO).

- Meluaskan rangkaian peruncitan dan servis ke seluruh Malaysia.

OBJEKTIF & MATLAMAT...

- N ALUMAKE SDN BHD sangat menekankan hasil produk yang berkualiti termasuk aspek pemasangan mahupun pembuatan produk serta rekabentuk dalaman dan luaran.

- Sentiasa memastikan para pekerja meningkatkan mutu kerja dan memastikan setiap rekabentuk produk dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan dan mengikut citarasa.

- Memperbanyakkan keuntungan bagi N ALUMAKE SDN BHD dapat mengeluarkan zakat perniagaan.

- Keuntungan juga amat dititikberatkan dalam memperluaskan lagi perniagaan peruncitan dan servis ke seluruh MALAYSIA.

N Alumake Sdn Bhd Business Information

Company Name

N Alumake Sdn Bhd

Company Type

Small-Medium Enterprize

Company Size

50-200

Industry

Manufacturing / Production

Company SSM No

1186102-M

Job Vacancies

0

Company Website

Company Social Media

social media

N Alumake Sdn Bhd Company Address

Lot 3089 E, Cabang 3, Jalan Sultan Yahya Petra, Kampung Huda, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia